Jangan lupa jawab salam ehh . Hihi . Actually post kali ni aku nak cerita sikit pengalaman mummy dengan papa aku hadapi sepanjang hidup kat sini . *Sorry lah kalau rasa macam gedik . Kami adik beradik memang panggil mummy and papa . Bukan sesaje nak ikot Barat sana haaa . Aku sendiri baru tahu cerita ni waktu Lunch tadi and sekarang rasa sedih sangat . Itu yang membuatkan aku terasa macam nak share dengan korang .
Haaa , itu rumah dan kereta akuu . Hahaa . Menipu bebenau kann . Takdelahh . Itu cuma lah pic yang aku download dari Internet je . Aku cuma nak bagitauu yang parents aku takdelah sekaya mana yang orang sangka . Cerita yang aku dengar daripada mak aku tadi ialah orang orang kat taman aku ni fikir yang kami ni bela HANTU RAYA . Well , adakah itu masih wujud di era teknologi yang tengah membangun ni ?? Aku tak faham dengan cara pemikiran orang sekarang . Aku dengan muka pelik tanya mummy aku , "kenapa semua orang cakap kita mcam tu ??" . Then dia cakap sebab kami banyak keretaa and kami ada beli rumahh . Adakah itu masuk akal ?? Mari aku tekankan , parents aku hanya menjalankan perniagaan kecil kecilan je . Pegi pasar malam kat Melaka ni , nampak lah mereka berdua yang berpenat lelah , berdiri berjam jam , berlenguh lenguh semata mata nak dapatkan yang halal untuk kami adik beradik . Nak tunjuk gambar mereka berdua , tapi takde dalam PC ni lahh :( . Okey takpe . aku teruskan . Kereta yang mummy beli untuk kegunaan abang dan kakak aku yang dah ada kerjaya . Rumah pulak sebagai tempat perlindungan untuk kakak aku yang sudah pun berumah tangga . Well , get a life lah people .
Disebabkan itu , ada yang bawa mulut cakap yang dalam taman ni takde sorang pun yang membeli dekat mummy aku . Ya Allah , demi Allah Yang Maha Mengetahui , kami tak pernah buat perkara terkutuk tuh . 12 tahun , 12 tahunn parents aku mengusahakan perniagaan tuh . Tanpa USAHA tiadalah KEJAYAAN . Usaha mummy aku yang kene bangun seawal jam 4 ke 5 pagi untuk siapkan makanan yang banyak tuh . Papa pulak pergi ke pasar untuk beli bahan mentah yang segar supaya makanan elok dimasak .
Moralnya , KEJAYAAN TAKKAN DATANG BERGOLEK tanpa usaha yang gigih kann . Semua orang tahu tu kann . So people , get your own life okay . Duit yang kami dapat tu tak jatuh dari langit mahupun dari mana mana hantu pun . Semuanya halal kerana Allah . Hopefully korang semua faham ape yang aku cuba nak sampaikan . Sorry for any being rude . Bye :)